Standard Sijil Halal Tiada Diskriminasi - Jamil Khir - Semasa | mStar

Standard Sijil Halal Tiada Diskriminasi - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meletakkan standard yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan sijil Halal dan ia terpakai kepada semua pemohon tanpa diskriminasi.

Sambil mempersoalkan rasional pihak tertentu yang mempertikai prosedur kelulusan pengeluaran sijil Halal, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata ini kerana pihaknya tidak mahu pengguna berasa ragu-ragu berhubung pengeluaran sijil halal.

"Kita mahu supaya pengguna dapat rasa kepuasan yang dia tidak perlu mempersoalkan sama ada sijil yang didapati di restoran palsu atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri di sini semalam.

"Saya juga tidak mahu orang timbulkan persoalan bagaimana syarikat yang mengeluarkan sijil, adakah mudah sehingga prosedur dan peraturan yang sewajarnya tidak diikuti," katanya ketika mengulas laporan yang mendakwa prosedur pemberian sijil Halal yang dikatakan sukar.

Sebelum ini, beberapa pengusaha kopitiam dilaporkan memberi alasan tidak memohon sijil Halal Jakim kerana syarat-syarat yang ditetapkan jabatan itu terlalu ketat dan tidak masuk akal.

"Agak janggal sedikit kalau disebut sijil kita ni adalah sijil yang mengenakan peraturan yang terlalu ketat yang tak mungkin dapat dipenuhi, sedangkan ada yang dapat penuhi dan mereka juga mendapat sijil," kata Jamil Khir.

Sementara itu, Jamil Khir berkata kumpulan 40 pegawai hal-ehwal Islam yang baru berkhidmat di Jakim akan mengambil kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Jun ini.

Kursus enam bulan anjuran Jakim itu adalah bagi memperkasa program bina insan jabatan itu yang akan dikendalikan oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, katanya.

Modul yang dilaksanakan dalam program diploma itu akan menggantikan kursus induksi serta peperiksaan yang berkaitan yang diperlukan untuk pengesahan jawatan, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain