suria

Lelaki Maut Selepas Kereta Langgar Pembahagi Jalan

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik berhampiran plaza tol Jambatan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Manjit Singh Gurmej Singh, 42, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Supritendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika lelaki itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bayan Lepas, di sini.

"Ketika kejadian, dia memandu bersendirian dan dipercayai hilang kawalan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk hampir satu jam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain