suria

Polis Tahan Penganggur Yang Disyaki Edar Dadah Di Kemaman

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur yang dipercayai pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Kampung Geliga, Kemaman semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Roslan Abd Wahid berkata ketika ditahan kira-kira pukul 1.30 petang itu, polis turut menemui tiga paket yang mengandungi serbuk putih yang dipercayai heroin dalam genggaman lelaki berkenaan.

"Ketiga-tiga paket itu beratnya adalah 20 gram dan dianggarkan bernilai RM2,500 kesemuanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya lelaki yang berumur 49 tahun itu sebelum ini pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1985 (Langkah-langkah Pencegahan Khas) pada 2003.

Roslan berkata lelaki berkenaan kini ditahan reman sehingga 8 Mac ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain