Mayat Lelaki Ditemui Dalam Guni - Semasa | mStar

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Guni

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki yang dibungkus dalam guni gula ditemui di sebatang sungai berhampiran Kampung Sungai Perahu, Jalan Bukit Selambau ke Jeniang, hari ini.

Mayat yang hampir reput itu ditemui pada kira-kira pukul 10.30 pagi oleh seorang warga emas yang berkebun di kawasan itu setelah terhidu bau busuk.

"Tiada pengenalan diri ditemui pada mayat lelaki itu," kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.

Beliau berkata, mayat itu dihantar ke hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan