suria

Vandalisme Lif Semakin Berleluasa - JKKM

Motosikal dibakar di dalam lif yang telah dirakamkan oleh pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - Foto Ihsan UTUSAN
Motosikal dibakar di dalam lif yang telah dirakamkan oleh pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - Foto Ihsan UTUSAN
Motosikal dibakar di dalam lif yang telah dirakamkan oleh pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - Foto Ihsan UTUSAN

KUALA LUMPUR: Vandalisme lif di rumah pangsa kos rendah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semakin berleluasa dan membimbangkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia (JKKM) kerana pelakunya sanggup melakukan perkara kejam termasuk membakar bayi di dalamnya.

Ketua Pengarah JKKM Datuk Johari Basri berkata selain sikap tidak berperikemanusiaan itu, ada juga pengguna lif yang membakar motosikal di dalamnya sehingga menyebabkan kerosakan pada jentera pengangkut itu.

Selain itu, pelaku vandalisme turut merosakkan pintu dan punat lif yang menjejaskan urusan seharian penghuni rumah pangsa berkenaan, katanya kepada pemberita pada Majlis Dialog Keselamatan Lif Rumah Pangsa dengan para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di sini, hari ini.

Johari berkata sepanjang tahun lepas, pihaknya menerima 100 aduan tentang kerosakan lif yang menurutnya ada kaitan dengan sikap penghuni yang tidak mematuhi peraturan menggunakan lif di mana ada di antara mereka turut membawa lembu dan motosikal menggunakan jentera itu.

"Kita menyeru semua pihak supaya mempunyai kesedaran mengenai kepentingan lif kerana jika berlakunya lif rosak, ia boleh menyusahkan banyak pihak terutama apabila berlaku kecemasan di tingkat tinggi," katanya.

Johari berkata pada masa ini, terdapat 1,630 unit lif yang berdaftar di rumah pangsa kos rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

JKKM juga sentiasa memantau operasi lif dengan melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan lif di rumah pangsa kos rendah sentiasa berada dalam keadaan baik, katanya.

Beliau berkata jabatan itu menjalankan operasi lif pada Isnin hingga Rabu lepas di 50 buah rumah pangsa kos rendah dan sederhana yang melibatkan 420 unit lif.

Hasil daripada operasi itu, JKKM mendapati 13 unit rosak dan masih belum dibaiki syarikat penyelenggara lif. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain