suria

Paras Air Di Semua Empangan Tidak Membimbangkan - Peter Chin

KUALA LUMPUR: Paras air di semua empangan dan takungan air di seluruh negara dilaporkan berada dalam keadaan baik kecuali di Loji Rawatan Air Sembrong Timur di Kluang, Johor yang kini berada dalam keadaan yang kritikal.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata pihaknya memantau rapi situasi di semua empangan dan takungan air ekoran cuaca panas sejak bulan lepas yang dikhuatiri boleh menyebabkan paras air merosot.

"Kita sedang memantau paras air, kalau dah sampai dalam tahap merbahaya, kita akan melakukan cara-cara untuk memastikan kita tidak membazirkan air," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Berhad, di sini hari ini.

Chin berkata Loji Rawatan Air Sembrong Timur di Kluang berada pada paras kritikal berikutan paras air di Sungai Sembrong yang menyalurkan air ke loji berkenaan merosot. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain