Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Ketua Polis Daerah Sentul

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran untuk membatalkan kenyataan pembelaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan tiga lain dalam saman fitnah RM10 juta terhadap mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham, yang membuat keputusan itu dalam kamar hari ini, turut menolak permohonan Kumaran untuk mencatatkan penghakiman terhadap empat defendan itu selepas mendengar hujahan dari kedua-dua pihak.

Dalam permohonannya Kumaran, berkata kenyataan pembelaan pihak defendan adalah remeh dan menyusahkan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Kumaran memfailkan saman terhadap Manikavasagam dan pengarang, penerbit serta pengedar akhbar Tamil, Makkal Osai pada 8 Ogos 2007 berhubung kenyataan dan laporan kematian pelakon drama Tamil tempatan, K. Sujatha.

Kumaran selaku plaintif menamakan Manikavasagam, 44, Pengarang Makkal Osai, M Rajintheram, 53, Makkal Osai Sdn. Bhd. dan Osai Distributors Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama sehingga defendan keempat.

Selepas prosiding, peguam Manikavasagam, N. Surendran, memberitahu pemberita bahawa Prasad dalam keputusannya berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan saman itu harus diputuskan menerusi perbicaraan.

Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan. Dalam pernyataan tuntutannya, Kumaran mendakwa Manikasavagam membuat kenyataan media dalam surat bertarikh 3 Ogos 2007.

Surat itu, dakwa beliau, kemudian disiarkan oleh akhbar Makkal Osai dengan tajuk 'Ketua Polis Negara Harus Tubuhkan Pasukan Penyiasat Khas Untuk Siasat Kes Velpari', 'Sujatha Hidup Mewah' dan 'ACP Kumaran Harus Digantung Kerja'.

Kumaran mendakwa, artikel berkenaan memberi gambaran beliau mengganggu siasatan kes itu serta menjatuhkan maruah dan nama baiknya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain