suria

Polis Buru Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh

TEMERLOH: Polis Temerloh sedang menjejaki seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh bekas anggota polis di belakang sebuah pub di Taman Perindustrian Mentakab pada 12 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, lelaki itu dikenali sebagai Kalivanan a/l Santhiran, 32, berasal dari Johor dan pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan di Tanjung Pelepas dan alamat terakhirnya adalah di No 15, Taman Anggerik, Johor Baharu.

Ahmad Fadzillah berkata, hasil siasatan awal polis, empat lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Tiga daripadanya telah ditahan dan polis masih memburu seorang lagi suspek.

Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi pada 12 Februari lepas, bekas anggota polis S. Saravanan, 29, ditemui mati akibat cedera parah di bahagian muka selepas terbabit dalam satu pergaduhan di belakang sebuah pub di Mentakab.

Mangsa pernah bertugas sebagai anggota polis selama sembilan tahun sebelum dibuang kerja kerana terbabit kes samun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali lelaki berkenaan diminta tampil memberi maklumat kepada pihak polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain