JKJR Mahu Jadikan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sebagai Jurucakap

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hari ini meminta lebih ramai mangsa yang mengalami kecacatan akibat kemalangan jalan raya tampil untuk menjadi jurucakap dalam kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh jabatan itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh berkata setakat ini seorang mangsa kemalangan jalan raya dari Negeri Sembilan yang kehilangan kaki kirinya Khairul Azman, 22, telah dilantik sebagai jurucakap kempen keselamatan jalan raya JKJR semenjak 13 Jan lalu.

"Kita mengambil mangsa kemalangan jalan raya adalah kerana mereka boleh menyampaikan mesej dengan penuh emosi berdasarkan pengalaman ngeri mereka sendiri sekaligus mampu mendatangkan keinsafan dan kesedaran di kalangan pengguna jalan raya lain.

"Kita berharap akan ada bekas mangsa yang tampil mewakili setiap negeri untuk kempen ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan jalan raya di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Katanya mereka yang ingin tampil boleh berbuat demikian dengan menghantar maklumat diri menerusi e-mail di alamat www.panducermat.org.my atau menerusi laman web www.JKJR.gov.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

1,000 Berarak Serahkan Memorandum Isu YBK

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain