Jangan Percaya Dakwaan Mengelirukan Mengenai Penapis Air - Semasa | mStar

Jangan Percaya Dakwaan Mengelirukan Mengenai Penapis Air

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan syarikat-syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan.

Setiausaha Agungnya, S. Piarapakaran berkata, antara dakwaan itu ialah sistem imun badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada air itu.

Dalam satu tinjauan, WECAM juga mendapati sebuah syarikat mendakwa bahawa alat tapisannya boleh “memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh”, katanya.

Ini, jelas beliau, adalah dakwaan palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.

Piarapakaran berkata, tinjauan itu juga mendapati penggunaan penapis-penapis air semakin meningkat di Malaysia dan dakwaan palsu oleh syarikat-syarikat itu semakin menjadi-jadi.

"Trend ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan para pengguna dilindungi,” katanya. – BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp