suria

Jurulatih Sukan Direman Bantu Siasatan Kes Lelaki Mati Ditembak

KUALA TERENGGANU: Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman seorang jurulatih sukan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki ditembak mati di sebuah rumah di Gong Badak, semalam.

Jurulatih berumur 48 tahun itu akan direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt K. Manoharan kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, lelaki berumur 34 tahun itu ditembak mati selepas cuba menceroboh masuk ke sebuah rumah di Gong Badak.

Lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah penyalahgunaan dadah dan pernah dibuang daerah, meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis turut merampas sepucuk senjata api jenis Glock .22 Caliber yang digunakan dalam kejadian itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

7 Kaki Sabung Ayam Ditahan Polis

Artikel Lain