suria

Lelaki Maut Disengat Lebah

TANAH MERAH: Seorang lelaki maut disengat lebah ketika mencari madu lebah bersama rakannya di kawasan hutan di Relong Gajah, Alor Pasir di sini.

Zahari Mat Zain berusia dalam lingkungan 41 tahun dikatakan diserang sekumpulan lebah ketika memanjat pokok ketiga untuk mendapatkan madu selepas memperoleh madu daripada dua pokok yang dipanjat sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Azis Mahmud berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang dan jeritan Zahari yang disengat lebah itu didengar oleh rakannya Roslan Ismail, 63, yang berada agak jauh daripadanya.

"Melihat mangsa pengsan, rakannya menghubungi pihak hospital tetapi sebaik ambulan tiba, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 5 petang," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain