UPP Tahan Lelaki Thailand Miliki Peluru Hidup - Semasa | mStar

UPP Tahan Lelaki Thailand Miliki Peluru Hidup

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan seorang lelaki warga Thailand dan merampas 19 butir peluru hidup 12 bore untuk senapang patah dalam satu sekatan jalan raya di kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini hari ini.

Komander UPP Kedah, Mohammad Noor Idris berkata, lelaki berumur 56 tahun yang memasuki negara pada awal pagi Khamis itu ditahan pada pukul 9.30 pagi semasa dia dalam perjalanan menghala ke arah Thailand.

Beliau berkata, peluru itu ditemui tersorok di bawah pakaian seakan-akan satu pakaian seragam di tempat duduk penumpang bahagian depan pikap yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand, namun tiada senjata api ditemui.

"Kami masih menyiasat dari mana peluru itu diperolehi atau untuk tujuan apa ia ada bersama suspek dan kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Mohammad Noor berkata, terdahulu pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang dipercayai cuba menyeludup kira-kira 60 liter petrol ke Thailand dalam dua tangki tambahan sebuah kereta, pada pukul 9.15 pagi.

Beliau berkata, kedua-dua tangki tambahan itu diletakkan dalam bonet kereta jenis Honda Civic bernombor pendaftaran Thailand yang diubah suai supaya kelihatan seperti pembesar suara untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Katanya, kes itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Usaha Najib Dekati Masyarakat India Tepat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain