suria

Hasrat Sambut Hari Jadi Musnah Rumah Terbakar

KUANTAN: Hasrat dua beranak untuk menyambut hari kelahiran mereka pada malam ini musnah selepas rumah mereka di Lorong 36, Taman Seri Inderapura dekat sini terbakar, pagi tadi.

Che Rashida Che Bakar, 44, berkata, kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku ketika dia bersama anak perempuannya, Norhasmida Alias, 19, berada di kedai makan mereka di belakang Kompleks Teruntum manakala dua anak lelakinya masing-masing keluar bekerja dan ke sekolah.

"Saya telah menjemput rakan-rakan untuk meraikan hari lahir kami pada malam ini namun terpaksa dibatalkan.

"Saya kasihan pada anak perempuan saya kerana dia benar-benar ingin menyambut hari lahirnya pada malam ini namun semuanya musnah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengganggarkan menanggung kerugian kira-kira RM90,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain