suria

Perbicaraan Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh Ditangguhkan

KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes ahli politik Terengganu Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir hari ini ditangguhkan selepas tertuduh dilaporkan tidak sihat dan dimasukkan ke Hospital Pakar Kuala Terengganu kerana masalah tonsil dan demam.

Mahkamah dimaklumkan perkara itu oleh wakil peguam tertuduh, Datuk Hazman Ahmad yang kemudiannya menyerahkan surat cuti sakit bertarikh 18 Januari kepada Hakim Mohamad Khalid Ab Karim.

Selain Hazman, tertuduh turut diwakili Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud, serta Alias Abdullah sebagai peguam pemerhati, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz //ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain