suria

Amaran Hujan Lebat Di Sarawak Dan Sabah Sehingga Selasa

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang menyaksikan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dari semasa ke semasa yang berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sri Aman dan Mukah.

Di Sabah, bahagian terlibat ialah Sandakan (daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan), Pantai Barat (daerah Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Kinabalu dan Penampang), Pedalaman (daerah Beaufort), Kudat (daerah Kota Marudu, Pitas dan Kudat) dan Tawau (daerah Lahad Datu).

Keadaan ini jika berterusan, boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh di kawasan tanah rendah berdekatan tebing-tebing sungai, menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain