suria

Kompleks Pejabat-Hotel Dalam Pembinaan Terbakar

Kompleks D. Tiara yang sedang dibina terbakar di tingkat 23. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Kompleks D. Tiara yang sedang dibina terbakar di tingkat 23. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Kompleks D. Tiara yang sedang dibina terbakar di tingkat 23. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran berlaku di tingkat 23 kompleks D. Tiara yang sedang dibina di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields malam tadi.

Kebakaran berlaku di kompleks itu yang menempatkan pejabat dan hotel pada 8 malam.

Bagaimanapun, pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran pada 9.15 malam.

Lalu lintas di sekitar mengalami kesesakan teruk ketika lima jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Projek pembinaan itu itu sepatutnya setinggi 35 tingkat.

Seorang pekerja pembinaan, Al-Amin, 27, dari Bangladesh berkata, dia dan pekerja lain sedang mengimpal di tingkat atas apabila mereka tiba-tiba melihat api.

Para pekerja berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Kebakaran itu boleh dilihat sejauh dua kilometer dan pertama dilaporkan oleh orang ramai menerusi rangkaian media sosial - Twitter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain