suria

Gagasan 1Malaysia Perlu Dihebah Ke Luar Bandar: Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu semua pegawai jabatan dan agensi di bawah kementeriannya turun padang bagi menghebahkan konsep 1Malaysia kepada masyarakat.

Beliau berkata, hebahan mengenai Gagasan 1Malaysia itu perlu dibawa ke kawasan luar bandar bagi membolehkan penduduk di kawasan berkenaan mengetahui serta menghayati konsep tersebut.

"Di kampung, ayuh naik rumah orang... Pak Cik Mat, Pak Cik Ali... minum teh secawan dan bantu anak dia," katanya pada perhimpunan bulanan pertama kementerian bagi tahun ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau berkata, setiap pegawai yang terlibat juga perlu membabitkan semua bangsa dalam menggerakkan perpaduan kaum di negara ini.

Selain itu Rais berkata, pegawai dan warga jabatan serta agensi di bawah kementerian berkenaan juga perlu memiliki perasaan harmoni antara satu sama lain.

"Bersama-sama inovasi, saya yakin program-program bagi tahun 2010 kementerian akan dapat dijayakan dalam semua aspek," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain