Saya Hanya Menyuarakan Pendapat - Ibrahim - Semasa | mStar

Saya Hanya Menyuarakan Pendapat - Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya hari ini menegaskan, beliau tidak berniat untuk menabur fitnah kepada sesiapa berhubung tuduhan menerbitkan satu artikel berunsur fitnah dalam blognya baru-baru ini.

Ibrahim yang lebih dikenali dengan nama "Tiger" di kalangan rakan media menambah, beliau hanya sekadar meluahkan pendapat berasaskan komentar yang diterima oleh laman blognya, (duniatiger.blogspot.com)

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda dirinya ketika ditemui pada majlis pengumuman Pembiayaan Dana Industri Kreatif di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, beliau telah diarahkan oleh Lim Guan Eng untuk membuat laporan polis berhubung artikel Ibrahim dalam laman blognya itu yang bertajuk 'Ada Orang Nak Penjarakan Saya' pada Sabtu lalu.

Bagaimana pun, Ibrahim mendakwa apa yang dimuatkan di dalam blognya merupakan komen dari seorang pembaca, yang mengaku bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pembaca tersebut menyifatkan Ibrahim sebagai seorang yang biadap, bersikap prejudis kepada orang Cina dan dituduh bersifat perkauman.

Antara kandungan artikel dimuatkan di dalam blog 'Dunia Tiger' berbunyi, "Awak akan tahu nasib awak jika awak tak hentikan sifat perkauman awak. Awak akan diseret ke mahkamah dengan tulisan di blog ini. Saya akan pastikan awak habiskan sisa-sisa hidup awak dalam penjara.....,"

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, Ibrahim tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua tindakan daripada kerajaan Pulau Pinang.

Rais menyifatkan tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menyaman Ibrahim adalah satu tindakan sia-sia.

"Mereka dah tak ada isu lain nak dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan menggunakan semua pengalaman bagi mempertahankan perkara yang berkaitan dengan badan penyiaran itu dan bersedia membantu menyelesaikan kemelut yang menimpa Ibrahim.

"Bagaimanapun saya nak lihat dulu semua butir-butir dan huraian sekiranya saman dikenakan terhadap Ibrahim. Kita tidak akan biarkan dia melalui perkara ini seorang diri," katanya lagi.

Rais turut menyifatkan ancaman saman itu hanya satu lagi percubaan untuk mendapat keuntungan semata-mata.

Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Ibrahim kerana didakwa menerbitkan satu artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Artikel Berikut

Semoga 2010 Bawa Transformasi Terhadap Negara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain