suria

Kontroversi Bung-Zizie: "Jangan Ganggu, Saya Perlu Privasi"

KUALA LUMPUR: Selepas mengakui mengahwini aktres Zizie Ezette, Ahli Parlimen Kinabatanga, Bung Mokhtar Radin kini merayu kepada media supaya menghormati privasinya.

"Saya hanya manusia biasa, saya perlukan ruang dan privasi untuk keluarga.

"Masalah ini (merujuk kepada perkahwinannya dengan Zizie) sudah berakhir. Saya sudah adakah majlis pernikahan dengannya.

"Kenapa terus fokus kepada keluarga saya? Nampak perkara ini seperti tiada penghujung," katanya ketika dihubungi The Star di luar negara hari ini.

"Tolong jangan ganggu keluarga saya, mereka mahu keadaan yang aman untuk teruskan hidup," katanya lagi.

Semalam, selepas beberapa hari menafikan perkahwinannya, Bung Mokhtar akhirnya mengakui telah mengahwini aktres berusia 31 tahun itu.

Sebelum ini, beliau juga berkata akan mengumumkan mengenai berita baik itu apabila tiba masa yang sesuai kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak.

Bagaimanapun ramai yang mempercayai bahawa 'banyak pihak' yang dimaksudkan oleh Bung Mokhtar itu merujuk kepada keluarganya yang sedia ada terutamanya isteri pertama beliau, Datin Nor Asidah Alimuddin.

Ketika ini Bung Mokhtar sedang bercuti di luar negara bersama anak-anaknya manakala Zizie sibuk menjalani pengambaran drama Suraya.

Artikel Lain