suria

Smart Ditutup Malam Ahad, Isnin Untuk Penyelenggaraan

KUALA LUMPUR: Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (Smart) akan menutup sementara Lebuhraya Smart kepada lalulintas dari pukul 11 malam hingga 6 pagi keesokan pagi pada 20 dan 21 Disember, bagi tujuan penyelenggaraan sistem terowong lebuhraya.

Smart dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan fasa pertama pada 20 Disember (Ahad) akan melibatkan lalulintas ke arah selatan, manakala penutupan pada 21 Disember (Isnin) melibatkan kedua-dua arah utara dan selatan.

Pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart dengan menelefon 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain