Bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim Beri Keterangan Pada SPRM - Semasa | mStar

Bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim Beri Keterangan Pada SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Pegawai Khas Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Annuar Shaari memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan polis mengenai pemilikan saham jutaan ringgit oleh Naib Presiden PKR dan isteri yang dibuatnya pada 17 November lepas.

"Saya harap SPRM dapat melakukan siasatan dengan telus dan adil terutama pada kesahihan dan ketulenan dokumen pemilikan saham itu.

"Kesemua dokumen itu perlu disiasat kesahihan dan ketulenannya untuk menentukan hala tuju siasatan. Saya tidak ada sebarang niat untuk menilai atau menjatuhkan hukuman kepada sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas memberi keterangan selama dua setengah jam kepada pegawai SPRM.

Annuar berkata, SPRM memintanya supaya bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa sekiranya perlu selepas ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar yang meninggalkan PKR pada 27 Mac 2007 berkata, Azmin perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sekiranya ingin membersihkan nama beliau yang mungkin terjejas berikutan kes ini.

"Merujuk kepada kenyataan Azmin yang mahu menyaman saya, saya serahkan pada beliau kerana negara ini negara demokrasi. Beliau boleh buat apa sahaja cuma saya ingin berpesan, kalau beliau mahukan keadilan, tolong beri kerjasama kepada SPRM dan datang ke mahkamah apabila diarahkan, jangan tak datang dan tangguhkan kes," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Bekas CEO Kesas Bebas Satu Lagi Tuduhan Rasuah

Artikel Berikut

Bekas Pelajar Dihukum Gantung Bunuh Pensyarah

Artikel Berkaitan

default image

Harga Gula Naik 20sen

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia