suria

Abu Seman Nafi Jumlah Kaum India Yang Belum Dapat Kerakyatan Masih Tinggi

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop pada malam Isnin lalu menafikan dakwaan anggota parti pembangkang bahawa jumlah kaum India yang belum mendapat kerakyatan masih tinggi.

Beliau berkata bagi tempoh 2005 hingga September 2009, bilangan mereka yang mendapat kerakyatan mengikut pecahan kaum iaitu Melayu, Cina dan India adalah kira-kira 300 orang bagi setiap kaum.

"Sebelum diberi kerakyatan, pemohon perlu melalui pelbagai tapisan antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan mempunyai niat untuk bermastautin," katanya semasa menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan R.Sivarasa (PKR-Subang) yang berkaitan jumlah kerakyatan kaum India di Malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain