suria

APMM Minta Nelayan Salur Maklumat Pencerebohan Perairan Negara

DUNGUN: Nelayan tempatan diminta menjadi mata dan telinga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menyalurkan maklumat berhubung pencerobohan perairan negara oleh nelayan-nelayan asing.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Datuk Ismail Hamzah berkata, melalui kerjasama antara nelayan dan pihak penguatkuasa ia dapat memastikan perairan negara berada dalam keadaan selamat daripada segala bentuk ancaman dan pencerobohan.

"Kita (APMM) mungkin tidak dapat mengawal sepenuhnya perairan negara yang sememangnya luas. Jadi dengan adanya nelayan yang bertindak sebagai mata dan telinga APMM, ia akan memudahkan serta meningkatkan keberkesanan tugas kita dalam mengawal perairan negara," katanya pada majlis Jiwa Murni APMM bersama penduduk perkampungan nelayan Kuala Abang di sini hari ini.

Katanya, sejak APMM ditubuhkan, banyak kes-kes pencerobohan nelayan asing dapat dibanteras dan kini terkawal.

Menurut Ismail, kejayaan itu adalah hasil daripada kerjasama yang terjalin antara komuniti nelayan dan APMM dan program seperti Jiwa Murni yang dianjurkan itu dapat mengeratkan lagi hubungan keduadua pihak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Melor Kini Dirawat Di HUSM

Artikel Lain