suria

Konsert Shah Rukh Khan Ditangguhkan

MELAKA: Konsert khas bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat, dekat sini, pada malam ini, terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian pada tahun depan.

Memetik akhbar Utusan Malaysia hari ini, Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penangguhan konsert tersebut terpaksa dilakukan kerana artis terbabit masih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni di negaranya sehingga kini.

"Dan secara kebetulan kita juga masih mencari penaja bagi konsert itu," katanya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, semalam.

Penganjuran konsert bintang kelahiran India itu diumumkan oleh kerajaan negeri kira-kira sebulan yang lalu.

Ia merupakan salah satu acara yang dicadangkan sempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Perhimpunan Belia Sedunia (Way) di sini esok.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2009 Penuh Cabaran Bagi SPRM

Artikel Lain