suria

Kerajaan Pusat Hulur Bantuan Banjir RM1 Juta Di Kelantan

TUMPAT: Kerajaan pusat telah menyediakan bantuan RM1 juta kepada lebih 2,000 keluarga mangsa banjir di seluruh Kelantan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata bantuan segera itu perlu dihargai oleh penduduk negeri itu.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan banjir kepada 592 keluarga dari sekitar jajahan Tumpat yang terlibat dengan banjir baru-baru ini.

"Kita patut berterima kasih kepada kerajaan pusat," katanya. BERNAMA

Artikel Lain