suria

Lelaki Liberia Maut Bergaduh Dengan Rakan Senegara

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Liberia mati dibunuh dipercayai selepas bergaduh dengan rakan senegaranya di sebuah apartment mewah di Taman Wawasan, Puchong awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata mangsa, John Solomon, 38, ditemui mati terlentang di dapur rumah itu kirakira pukul 3.45 pagi.

Beliau berkata terdapat dua kesan kecederaan parah di kepala mangsa dipercayai akibat hentakan dengan anak lesung dan botol arak.

"Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang pengawal keselamatan pangsapuri yang terdengar bunyi bising sebelum menemui mayat mangsa yang merupakan seorang pekerja IT," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis yang mengenali indentiti suspek sedang mencarinya dan dia dipercayai masih berada di sekitar Kuala Lumpur. BERNAMA

Artikel Lain