suria

Pelajar tingkatan dua parah ditetak lelaki kurang siuman

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sultan Ismail II, Kemaman cedera parah apabila ditetak oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman ketika dalam perjalanan ke sekolah kelmarin.

Syed Muhammad Afis Aizad Syed Mohd Shaharzi, 14, dari Kampung Besut kini dirawat di Hospital Daerah Kemanan kerana cedera di bahagian leher dan belakang badan.

Keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Abdul Marlik Hakim berkata kejadian dilapor berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari ketika pelajar sesi petang itu sedang berjalan dari rumah menuju ke sekolah.

"Apabila sampai di Lot 144, mangsa secara tiba-tiba ditetak dari belakang oleh seorang lelaki menggunakan sebilah parang.

"Dalam keadaan kelam kabut dan cedera parah, mangsa sempat lari untuk meminta bantuan daripada orang ramai yang berada di surau di kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Abdul Marlik berkata sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an di rumahnya di Kampung Jabor Kubur kirakira pukul 8 malam ini dan hasil siasatan awal, polis percaya lelaki itu kurang siuman.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain