suria

Kementerian Sumber Manusia pantau tahap keselamatan pekerja Indonesia

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia akan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja asing termasuk pekerja dari Indonesia diberi keutamaan yang sama seperti pekerja tempatan.

“Kami terkejut dengan dakwaan yang diterima dari kedutaan Indonesia dari Surabaya mengenai kematiaan Mantik Hani, seorang pembantu rumah yang berumur 36 tahun.

“Kami akan menyokong sepenuhnya tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap sesiapa yang terlibat dalam kes itu,” kata Datuk Dr. S.Subramaniam dalam satu kenyataan akhbar kelmarin.

Baru-baru ini, Mantik dilaporkan meninggal dunia kerana didera oleh majikannnya yang berasal dari Taman Sentosa, Klang.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam tandas rumah milik majikannya itu pada 26 Oktober lepas.

Dia kemudiannya meninggal dunia Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada hari berikutnya.

Sementara itu,Subra berkata tindakan ganas seperti itu tidak boleh diterima dan kerajaan memandang serius kes sedemikian.

Pada masa yang sama, Jawatankuasa Bersama Malaysia-Indonesia yang berkaitan dengan isu pengambilan pembantu rumah telah mengadakan perjumpaan sebanyak dua kali untuk membincangkan isu ini dan perjumpaan seterusnya akan diadakan pada bulan November ini.

Isu-isu yang berkaitan dengan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia akan dibincangkan dan diselesaikan dengan persetujuaan kedua-dua belah pihak menerusi perjumpaan itu nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain