Langkah berani Bajet 2010 mampu kurangkan defisit negara – Muhyiddin - Semasa | mStar

Langkah berani Bajet 2010 mampu kurangkan defisit negara – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Bajet 2010 yang dibentangkan hari ini mampu mengurangkan defisit yang dialami dalam pendapatan negara.

“Dengan bajet ini kita yakin ia akan dapat mengurangkan defisit dalam pendapatan negara. Dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini kita lihat inisiatif yang diambil oleh Perdana Menteri dalam menguruskan belanjawan adalah satu langkah yang betul-betul penting.

“Ini kerana pada ketika ini negara mengalami defisit dengan belanjawan ini kita yakin ia dapat diubah kepada positif 3 peratus. Ini akan menunjukkan peningkatan 6 hingga 7 peratus dalam tempoh masa setahun,” katanya kepada para pemberita ketika mengulas mengenai pembentangan Bajet 2010 di Lobi Parlimen di sini pada Jumaat.

Menurut Muhyiddin, langkah yang diambil oleh Najib itu merupakan satu tindakan yang berani dan beliau yakin rakyat akan mendapat faedah daripada pelaksanaannya.

“Saya lihat bajet yang dibentangkan hari ini adalah bajet terbaik untuk rakyat kerana mencakupi semua sektor dan menyentuh hati nurani semua lapisan masyarakat tidak kira yang miskin mahupun yang kaya akan mendapat faedah,” katanya.

Jelasnya, bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut memberi ruang kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dengan lebih cepat.

“Dengan pakej-pakej rangsangan dan usaha-usaha untuk meningkatkan pelaburan dan menambahkan peluang-peluang pekerjaan yang telah diumumkan tadi kita jangkakan pada tahun 2010 pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi positif dengan lebih 3 peratus berbanding negatif yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Kata Muhyiddin, bajet tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi negara untuk tempoh jangka masa panjang.

“Bajet ini merupakan asas penting kepada pembentukan model ekonomi baru yang berteraskan kepada teknologi dan kreativiti dan ia akan dimulakan dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10),” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain