Hisham umum penubuhan Jwtkuasa Khas Pemilihan Umno - Semasa | mStar

Hisham umum penubuhan Jwtkuasa Khas Pemilihan Umno

KUALA LUMPUR: Satu Jawatankuasa Khas Pemilihan Umno akan ditubuhkan bagi memastikan proses pengundian bagi pemilihan jawatan parti dibuat secara serentak di seluruh negara dan dilaksanakan dengan lancar.Penubuhan jawatankuasa tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno tidak lama lagi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan demikian berkata, jawatankuasa khas itu akan berperanan mengenalpasti mekanisme yang akan digunakan dalam pemilihan parti.

"Langkah seterusnya ialah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemilihan yang akan memastikan pemilihan secara serentak di peringkat perwakilan bahagian dapat dilaksanakan apabila sampai tempohnya iaitu tiga tahun dari sekarang," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan parti berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai langkah-langkah untuk mengupayakan bahagian dan kepimpinan di peringkat negeri bagi memastikan mereka dapat bertindak secara berkesan untuk melaksanakan segala pindaan yang telah dibuat.

"Semua ini saya akan bincang dengan Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya harap pihak ibu pejabat akan mengatur langkah ke arah ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan yang akan diambil oleh Umno dalam melaksanakan tujuh pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Saya nak maklumkan (kepada anggota Unmo) bahawa jangan bimbang kerana yang penting sekarang ialah pindaan itu merupakan satu pindaan kepada perkara pokok dalam perlembagaan.

"Bagaimanapun pindaan perlembagaan semata-mata tidak akan membawa erti kepada transformasi yang diharapkan sebaliknya ia mesti disertai dengan perubahan sikap di kalangan anggota Umno," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain