suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Batu Uban terima SMS dakwa liwat bekas isteri

PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawsasan Batu Uban, S.Raveentharan, membuat laporan polis di sini malam tadi selepas menerima SMS yang menuduh beliau meliwat dan memukul bekas isterinya.

Raveentharan, yang juga peguam, berkata SMS berkenaan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali, diterima pagi semalam ketika beliau sedang menghadiri satu perbicaraan di mahkamah di sini.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal kerana perceraiannya berlaku pada tahun 2001.

"SMS cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang peguam dan ADUN di negeri ini," katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata siasatan sedang dijalankan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain