suria

4 Pegawai & kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah ditahan bersama wang beratus ribu ringgit

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, seorang pegawai dan dua orang renjer hutan semalam dan hari ini kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah.

“Mereka telah ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000 sebagai balasan meluluskan kompatmen pembalakan (logging compartment,” demikian menurut kenyataan SPRM.

SPRM juga turut menyita wang tunai berjumlah RM300,000 yang dijumpai di dalam rumah salah seorang pegawai yang ditangkap dan SPRM sedang menyiasat sumber wang yang telah disita tersebut.

Mereka kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Artikel Berikut

Artikel Lain