suria

Sebarkan maksud sambutan Hari Malaysia - Najib

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (kanan) menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kiri) bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin menaikkan Jalur Gemilang sebagai tanda pelancaran Perayaan Hari Malaysia sempana sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-52 di Padang Merdeka di sini, pada malam Sabtu. Turut menyaksikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kanan).-Foto BERNAMA

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin di semua peringkat harus bertanggungjawab untuk menyebarkan maksud sambutan Hari Malaysia agar tidak akan luput ditelan zaman.

Perdana Menteri berkata satu peristiwa yang sangat bersejarah dan bermakna telah dicatatkan apabila Persekutuan Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi satu negara akibat keputusan pemimpin terdahulu, yang disokong oleh rakyat ketigatiga wilayah kira-kira 46 tahun lalu.

"Hari Malaysia ini besar ertinya kerana apabila Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung dan merdeka dalam Malaysia, maka keputusan itu telah membawa perubahan yang amat besar dan pada hari ini kedua negeri ini lebih makmur dan selamat di bawah naungan berkenaan," katanya pada perayaan Hari Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-52 di Padang Merdeka di sini pada malam Sabtu.

Turut hadir pada sambutan perayaan, berkonsepkan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahudin Abang Barieng, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menteri kabinet persekutuan dan negeri, duta-duta asing serta kenamaan lain.

Buat pertama kalinya Najib juga menyampaikan sijil dan cenderahati 52 tahun Merdeka kepada 10 tokoh, termasuk tiga orang masingmasing dari Sarawak, Sabah dan empat Semenanjung, yang telah menyumbang ke arah pembentukan Malaysia sebagai satu tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan.

"Disebalik meraikan sambutan Hari Malaysia, kita hendak membawa makna yang cukup besar, namun pada hakikatnya bukan semua rakyat Malaysia mengenali maksudnya," kata Najib sambil merujuk kepada satu tinjauan akhbar tempatan pada 15 September lepas yang mendapati hanya enam daripada 20 orang yang ditemuramah mengetahui ertinya.

Malangnya tiga orang tidak tahu langsung mengenai Hari Malaysia manakala lapan lagi menyangka ia adalah Hari Kemerdekaan dan tiga menyatakan sambutan tersebut ada kaitan dengan gagasan 1Malaysia, menurutnya.

Mengenai gagasan berkenaan yang diperkenalkan beliau dalam pentadbirannya, Perdana Menteri berkata Sarawak dan Sabah merupakan kedua-dua negeri contoh terbaik bagi 1Malaysia.

"Pada Mei lepas, saya telah katakan bahawa Sabah adalah contoh terbaik 1Malaysia namun hari ini saya ingin mengulangi kenyataan tersebut dengan sedikit kelainan kerana telah menemui satu negeri yang serupa dan serata," katanya.

Beliau berkata kalau dilihat dari kaca lensa pembangunan mungkin Semenanjung mendahului Sarawak dan Sabah tetapi jika dilihat dari segi perpaduan keduadua negeri itu telah menzahirkan muafakat yang kukuh yang wajar menjadi contoh dan teladan negeri lain.

"Bayangkan Bumi Kenyalang ini dengan 23 kumpulan etnik dan suku kaum yang hidup dalam keadaan aman dan harmonis selama ini dan tentulah ini merupakan contoh bagaimana mereka dapat menghayati semangat dan prinsip 1Malaysia," kata Najib.

Beliau memberi jaminan bahawa kemampuan Sarawak untuk mencerminkan semangat dan prinsip berkenaan akan menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan bagi menyumbang ke arah pembangunan dalam mewujudkan perseimbangan yang lebih nyata dan menyeluruh di antara ketigatiga wilayah Sarawak, Sabah dan Semananjung.

"Malah sejak saya mengambil alih tampok kepimpinan, saya telah mulakan lawatan ke negeri Sarawak dan memastikan tidak tertumpu kepada bandar utama seperti Kuching, Sibu atau Miri. Malah kampung pedalaman seperti Kampung Pichin pun saya telah melawat untuk melihat sendiri keadaan di situ," katanya.

Menurutnya beliau akan meneruskan semangat untuk membuat tinjauan ke peringkat akar umbi di seluruh pelusok Sarawak dari semasa ke semasa.

"Samada kita merupakan sebahagian daripada kumpulan besar atau subetnik kecil kita akan merasa satu kebanggaan dalam satu ikatan dan satu keluarga bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk negara Malaysia kita ini apabila meniup semangat 1Malaysia," kata Perdana Menteri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain