suria

Polis tahan 29 pekerja limbungan bantu siasatan kes gaduh

PULAU PINANG: Polis menahan 29 pekerja limbungan kapal bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan dua kumpulan yang mengakibatkan empat lelaki tercedera di Taman Iping, Batu Maung di sini malam tadi.

Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini berkata kejadian kirakira pukul 9 malam itu berpunca daripada perselisihan faham dua kumpulan berkenaan semasa berebut untuk menaiki feri dari Pulau Jerejak ke jeti di Batu Maung selepas tamat kerja.

Menurutnya pergaduhan itu melibatkan lebih 20 lelaki dan mereka menggunakan senjata berbahaya seperti besi paip dan kayu bersegi sebagai senjata dalam pergaduhan itu.

"Akibat pergaduhan, empat daripada mereka mengalami kecedaraan dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), mereka yang tercedera masingmasing mengalami kecederaan patah tangan, cedera tikaman di rusuk dan cedera di kepala," menurut kenyataan itu.

Ekoran kejadian, polis menahan 29 lelaki berumur antara 18 dan 48 tahun di sekitar kawasan perumahan itu bagi membantu siasatan, yang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain