suria

Polis tembak mati empat penjenayah di Kulim

KULIM: Polis menembak mati empat penjenayah yang dipercayai sedang merancang rompakan di Bukit Kukus, Jalan Paya Besar-Taman Selaseh di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Polis berkata penjenayah tersebut terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan polis yang cuba menahan kereta mereka setelah mendapat maklumat daripada orang ramai.

Polis kemudian mengejar kereta mereka dan membalas tembakan sehingga berjaya membunuh empat penjenayah itu.

Menurut polis empat lelaki tersebut sebelum ini terlibat melakukan kegiatan jenayah di kawasan Kedah Selatan dan Pulau Pinang.

Polis menemui senjata api dan peralatan memecah rumah di dalam kereta yang dinaiki penjenayah tersebut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Zakaria Ahmad turut berada di tempat kejadian. BERNAMA

Artikel Lain