suria

Satu lagi gempa bumi gegarkan timur Indonesia

JAKARTA: Satu lagi kejadian gempa bumi dengan magnitud 5.5 menggegarkan Indonesia hari ini, yang berpusat di timur negara itu kira-kira 3,500 km dari zon gempa bumi di Sumatera.

Gempa bumi itu yang menurut ahli-ahli seismologi Indonesia berlaku pada magnitud 6.1, berlaku di wilayah Papua Barat kira-kira pukul 12.36 pagi waktu tempatan pada kedalaman 39 km, 128 km arah utara ibu negara wilayah itu, Manokwari, demikian menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Rabu lalu, satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan pulau Sumatera yang terletak di barat Indonesia, memusnahkan bandar Padang dan perkampungan sekitarnya.

Ketua teknikal agensi geofizik Indonesia, Suharjono memberitahu AFP, belum ada sebarang laporan kecederaan berhubung kejadian gempa bumi terbaru ini.

"Gempa bumi di Papua tidak ada kena-mengena dengan di Sumatera.

"Plat-plat tektonik bagi kedua-dua kejadian itu berbeza," katanya. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain