suria

Angin kencang, laut bergelora di perairan negeri-negeri utara, pantai timur dan Sabah

KUALA LUMPUR: Angin kencang dengan laut bergelora disertai ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di perairan di negeri-negeri sebelah utara, pantai timur dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa.

Angin kencang Baratdaya dengan kelajuan 40 hingga 50kmsj di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Layang-Layang, Labuan dan Sabah adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, kegiatan rekreasi laut dan sukan laut, kata Jabatan Meteorologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Angin kencang dan laut bergelora itu juga melanda Phuket dan Samui di Thailand selain Condore, Reef North dan Palawan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain