suria

Kemasukan komponen baru diputusakan Dewan Tertinggi BN - Najib

PUTRAJAYA: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan membuat keputusan terhadap permohonan parti politik yang berhasrat menyertai komponen parti pemerintah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kemasukan parti-parti politik ke dalam BN akan bergantung kepada Dewan Tertinggi. Terserah kepada Dewan Tertinggi BN untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesebuah parti itu menyertai gabungan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai meningkatkan taraf hidup kaum India di pejabatnya di sini hari ini.

Najib, yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya jika parti-parti baru yang ditubuhkan akhirakhir ini akan dibenarkan untuk menyertai parti pemerintah BN.

Beliau juga berkata parti politik yang tumbuh bagai cendawan akhir-akhir ini, terutamanya parti kaum India, bukan merupakan satu isu tetapi "apa yang penting ialah mereka menyokong kerajaan BN.

"Masyarakat (India) sedang melalui proses pemulihan. Saya melihatnya sebagai tempoh peralihan. Parti-parti politik ini perlu ditubuhkan dan kemudian mereka perlu memperkukuhkan kedudukan mereka dalam masyarakat," katanya. BERNAMA

Artikel Lain