suria

Polis Kulim rampas mercun bernilai RM20,000

KULIM: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai lebih RM20,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tunku Putra di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata sepasukan polis yang diketuai Insp Bakhtiar Zainalabidin menyerbu rumah itu pada 5.30 petang dan menahan seorang lelaki berusia 31 tahun.

"Setelah menggeledah rumah itu, polis menemui beratus mercun dan bunga api yang dipercayai untuk dijual di daerah ini. Lelaki itu terus menyerah diri kepada polis," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain