suria

Polis tahan doktor haiwan didakwa cabul pelanggan

KUALA LUMPUR: Polis semalam menahan seorang doktor haiwan yang didakwa mencabul kehormatan seorang pelanggan wanita di kliniknya di Taman Melawati di sini.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lepas, mangsa, seorang guru tadika berusia 21 tahun, mendakwa beliau dicabul oleh doktor yang berusia 52 tahun ketika mendapatkan rawatan bagi tupai peliharaannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hasan memberitahu pemberita, semasa rawatan, doktor berkenaan menyuruh mangsa meletakkan tupai itu di dadanya tetapi turut mengambil kesempatan meraba buah dada dan memeluknya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada hari yang sama.

Bertindak atas laporan itu, doktor berkenaan ditahan di rumahnya di Taman Melawati kira-kira 6 petang ini, kata Abd Jalil. BERNAMA

Artikel Berikut

306 murid positif dadah

Artikel Lain