suria

Jalan menghala bangunan Parlimen ditutup sempena sambutan kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Jalan yang menghala ke bangunan Parlimen (Jalan Parlimen) akan ditutup sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Isnin ini.

Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur, Cif Inspektor Mohd Irwan Abdul Rahim berkata, jalan itu akan ditutup mulai 7.30 pagi hingga 9 pagi dan akan dibuka semula selepas selesai upacara berkenaan.

Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Parlimen, dijangka selama 40 minit dengan kehadiran peserta terhad kira-kira 8,600 orang sahaja.

Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain