suria

Jadikan peninggalan Kennedy inspirasi bina masa depan negara - Najib

KUALA LUMPUR: Negara harus melihat apa yang ditinggalkan oleh tokoh negarawan Amerika Syarikat Senator Ted Kennedy untuk dijadikan inspirasi kepada Malaysia dalam membina masa hadapan yang lebih cemerlang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setelah hampir lima dekad Kennedy menjadi Senator Amerika Syarikat, beliau dilihat telah menjadi seorang ahli politik Amerika yang paling penting dan berpengaruh.

"Mendiang mempunyai kesabaran untuk mendengar pelbagai pandangan, membina kesepakatan merentasi banyak kepentingan politik yang berbezabeza dan menggubal undangundang yang masuk akal kepada rakyat Amerika.

"Sebahagian daripada isuisu ini bukannya mudah bagi sesebuah negara untuk mencari jalan penyelesaian, namun sepertimana yang diperlihatkan dalam kehidupan Senator Kennedy, kadangkala kita perlu menerima cabaran kerjakerja yang mustahil untuk dilaksanakan jika kita perlu mengubah diri kita sebagai satu bangsa," katanya dalam blognya www.1Malaysia.com.my hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata mengingati Senator Kennedy dan prinsip yang dipegangnya, ia telah memperbaharui pemikiran beliau tentang idealisme bersatu.

"Bahawa dengan bersatu kita boleh menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk generasi mendatang.

Menjelang ulang tahun kemerdekaan kita, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan cabarancabaran negara, namun begitu kita terus mara dengan satu hala tuju baharu untuk negara kita.

"Kita semua hendaklah menerima takdir kita dan bertanggungjawab bahawa kita mempunyai kepentingan terhadap masa hadapan negara.

"Kita mesti menerima rasa tanggungjawab peribadi dan komitmen sebenar ini untuk mencorakkan Malaysia supaya menjadi lebih cemerlang," tambah beliau.

Najib turut melahirkan simpatinya terhadap pemergian negarawan Amerika Syarikat itu. Sambil menyifatkan Kennedy sebagai seorang peramah dan mesra, Najib berkata beliau menghargai layanan yang diberikan oleh mendiang ketika membicarakan mengenai Senat.

"Pandangan saya terhadapnya terbukti betul.

Jelas sekali bahawa lelaki yang beradab tinggi, sopan dan terhormat ini mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap politik dalam erti kata yang sebenarbenarnya.

Mendiang mahu semua orang mempunyai kehidupan yang lebih baik. "Pemergiannya merupakan kehilangan yang amat besar kepada rakyat Amerika terutamanya ahli keluarga dan kalangan sahabat handai mendiang," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain