suria

Harga siling penutup hidung, mulut diumum esok

PAPAR: Harga siling bagi penutup hidung dan mulut akan diumumkan esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata pengumuman itu termasuk jenis penutup atau topeng yang akan dikawal harganya berikutan sikap kebanyakan peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual barangan itu pada harga tinggi semasa negara dilanda penularan virus Influenza A (H1N1).

"Hari ini pegawaipegawai kementerian saya bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan untuk menentukan harga dan jenis topeng yang akan dikawal harganya.

"Saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman kerana dalam hal kesihatan, saya mesti mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi dan Konvensyen Dasar Koperasi Negara Kedua di sini.

Katanya selepas harga siling ditetapkan, manamana peniaga atau pembekal penutup hidung dan mulut yang menaikkan harga akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Kawalan Negara 1946.

Ismail Sabri berkata akta itu memperuntukkan denda sehingga RM15,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

"Saya lihat peniaga kita terlalu tidak beretika. Biasanya 50 sen sahaja harga topeng itu. Dia boleh pergi sampai RM5.

"Bayangkanlah kalau orang miskin, anak ada enam orang, dah RM30. Bermakna beratusratus ringgit dia kena keluarkan untuk topeng sahaja sematamata untuk menyelamatkan nyawa keluarga dia," katanya.

Beliau juga berharap syarikat-syarikat besar tampil menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing untuk membantu golongan kurang berkemampuan. BERNAMA

Artikel Lain