BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Khamis, 13 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.12.10 tengah hari : Saksi diminta mengecam barang kes seperti seluar, kemeja, tali pinggang,kasut, sarung kaki, seluar dalam dan 'blazer'. 11.55 pagi: Saksi ke-14 ini memberitahu mahkamah, hasil siasatan mendapati terdapat kesan tapak kasut yang tidak begitu jelas di bahagian bawah kawasan tingkap. Kesan tapak kasut tersebut berukuran lebih kurang 9 inci di tingkap tingkat 14.11.34 pagi: Prosiding disambung semula. Saksi ke-14 DSP Shahrul Othman, pegawai penyiasat tempat kejadian, makmal forensik Bukit Aman mula memberi keterangan.10.50 pagi: Mahkamah berhenti rehat.10.45 pagi: Saksi ke-13 menjelaskan ketinggian dari lantai ke paras bingkai tingkap di pejabat SPRM tingkat 14 adalah setinggi 3 kaki 2 inci. Katanya, dari ketinggian itu kemungkinan untuk melangkah keluar ada.10.34 pagi: Saksi ke-13 menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan si mati telah diseret berdasarkan kesan geseran yang ketara di bahagian tapak kasut kanan si mati. 10 pagi: Saksi ke-13 diminta mengecam barang kes yang ditandakan sebagai exhibit. Antara barang-barang tersebut ialah kesan kotoran pada seluar si mati, baju, kot, serta 4 'swabbing'.9.45 pagi: Saksi ke-13 menyatakan beliau turut mengambil 2 'swabbing' di sofa di pejabat SPRM tingkat 14. Difahamkan si mati pernah duduk dan baring di atas sofa berkenaan. Beliau turut mengambil 2 'swabbing' dari tingkap di tingkat 14.9.20 pagi: Saksi ke-13 memberitahu mahkamah bahawa hasil ujian di tingkap pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang dipercayai tingkap Teoh terjatuh menggunakann kaedah 'dustting' adalah negatif. Ini kerana tingkap tersebut kotor dan berhabuk.9.10 pagi: Prosiding bermula. Saksi ke-13, Cif Inspektor Mazli Jusoh, pegawai penyiasat tempat kejadian (CSI)Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor tampil memberi keterangan.