suria

Naib Presiden MIC: Bekas Ketua Pemuda negeri cabar calon direstui Samy

KUALA LUMPUR: Calon bagi kerusi Naib Presiden MIC September ini dijangka meningkat dengan bekas Ketua Pemuda Selangor, P. Subramaniam mengumumkan mahu turut bertanding.

Subramaniam, 44, calon bukan barisan direstui Presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu membuat pengumuman di ibu negara sebentar tadi.

"Saya mahu bawa perubahan, tidak mahu MIC dibarisi pemimpin 'yes man'," kata beliau yang juga Naib Pengerusi MIC Bahagian Kelana Jaya.

Subramaniam mendakwa mempunyai sokongan kuat untuk bertanding kali ini dan melawan arus Samy Vellu.

Bulan lalu Samy Vellu menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan untuk merebut jawatan Naib Presiden.

Pemilihan akan berlangsung 12 September ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain