suria

Lembaga Disiplin dengar inkuiri DVD seks Soi Lek

KUALA LUMPUR: Inkuiri semasa terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung penyebaran DVD skandal seks beliau adalah yang muktamad, kata Ketua Lembaga Disiplin Ng Cheng Kiat.

"Tidak akan ada sebarang inkuiri selepas ini," kata Ng kepada pemberita di Wisma MCA hari ini.

Mengenai hasil siasatan, Ng berkata, "kami perlu membincangkan dan meneliti penemuan inkuiri."

Ng juga berkata, Lembaga Disilpin akan mengadakan sidang akhbar dalam waktu terdekat untuk menjawab segala tuduhan dan spekulasi terhadap badan tersebut sejak dua tiga minggu lalu.

Lembaga Disiplin bertemu semalam untuk meneruskan inkuiri ekoran tindakan Pengerusi MCA Simpang Renggam, Eng Cheng Guan yang memfailkan aduan kepada Lembaga Disiplin MCA meminta tindakan diambil terhadap Dr. Chua kerana menjejas reputasi dan imej parti serta melanggar tata susila anggota MCA, ekoran kemunculan DVD yang membabitkan Chua.

Bagaimanapun Selasa lepas, Eng menarik balik aduannya dan mengatakan beliau tidak berhasrat meneruskan kes itu lagi, namun Lembaga Disiplin memutuskan untuk meneruskan pendengaran kerana Majlis Presiden MCA merumuskan terdapat kes prima facie dalam aduan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain