UPP tahan dua rakyat Thailand, rampas 140 kotak mercun dan bunga api - Semasa | mStar

UPP tahan dua rakyat Thailand, rampas 140 kotak mercun dan bunga api

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan dua rakyat Thailand dan merampas 140 kotak mercun dan bunga api yang dipercayai cuba diseludup ke dalam negara selepas memeriksa sebuah kereta di Km 2.1 lebuh raya Bukit Kayu HitamChanglun dekat sini, pagi ini.

Komander UPP Kedah Mohd Noor Idris berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi semasa pihaknya menahan sebuah kereta Honda Accord yang dinaiki seorang penoreh getah warga Thailand berumur 37 tahun bersama ibu saudaranya yang berumur 68 tahun dalam satu sekatan jalan raya.

Beliau berkata selepas diperiksa pihaknya menemui kotak-kotak mercun dan bunga api yang bernilai kira-kira RM1,500 itu disorokkan di bahagian tempat duduk belakang kereta yang diubah suai.

Menurutnya ekoran tangkapan, lelaki yang mengambil upah menoreh getah di Changkat Setul, Changlun, sejak 10 tahun lepas itu membawa pasukan UPP ke sebuah rumah di Changkat Setul, di mana UPP menemui pelbagai jenis mercun serta bunga api bernilai kira-kira RM2,500 yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Mohd Noor berkata penoreh itu dipercayai membekalkan mercun dan bunga api untuk peniaga tempatan, dan harganya di pasaran bernilai tiga atau empat kali ganda lebioh mahal dari harga sebenarnya.

"Penoreh itu diserahkan kepada Kastam dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang boleh membawa hukuman denda 10 kali nilai barangan atau RM10,000 atau mana yang lebih rendah atau penjara tidak lebih tiga tahun atua kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain