suria

Musa: Siasatan siap dalam beberapa hari

SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan percaya siasatan kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor boleh diselesaikan dalam beberapa hari lagi.

"... akan selesai dalam waktu terdekat," katanya.

Katanya, setakat ini 33 saksi telah ditemu siasat manakala siasatan sudah selesai 60 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta tiada pihak yang menimbulkan ketegangan atau memutarbelitkan fakta berhubung insiden tersebut.

"Kita sedang jalankan siasatan. Kalau nak tuduh tanpa berdasarkan siasatan, saya rasa itu tidak betul," kata beliau ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya di sini sebentar tadi.

Musa berkata, jika ada pihak yang menimbulkan ketegangan, polis akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sewajarnya untuk bertindak.

Artikel Lain