Penjenayah kritikal akibat ditembak - Semasa | mStar

Penjenayah kritikal akibat ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang terlibat dalam 17 kes jenayah samun kargo kini berada dalam keadaan kritikal setelah terkena empat das tembakan oleh pasukan polis semalam. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Sakaruddin Che Mood berkata lelaki itu mengalami kecederaan parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Semenyih, Kajang di sini.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek ketika suspek cuba melarikan diri daripada diberkas oleh polis.

"Bagaimanapun kita telah menyerahkan kes itu kepada polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Polis Komuniti di Taman Pinggiran Delima di sini semalam. Katanya, lelaki itu kini menerima rawatan susulan di Hospital Kajang.

Dalam kejadian pada 12 tengah hari itu, lelaki yang menjadi buruan polis kerana terlibat dalam 17 kes jenayah samun kargo di Perak dan Selangor cedera setelah ditembak polis di Taman Bangi Jaya, Semenyih.

Suspek yang menaiki kenderaan jenis Chevrolet Optra berwarna perak bertindak melanggar kenderaan polis yang menahannya sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Mohd Sakaruddin berkata siasatan mendapati lelaki itu turut mempunyai tiga rekod jenayah samun bersenjata, selain memiliki senjata api dan kenderaan curi.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain